Khasiat Watercress atau Selada Air Anti Kanser








Watercress hijau dan Watercress Merah sama khasiatnya


Assalamualaikum guys... aku nak kongsi dengan korang perkara yang lebih baik dan lebih sihat terutama kepada pesakit2 kanser dan kaki rokok. Percaya tidak sayur watercress atau selada air ini boleh merawat penyakit kanser dan sangat baik untuk diet yag sihat.


Kandungan khasiatnya yang tinggi dan sumber vitamin yang terbaik kandungan B1, B2, B6, C, E, dan Karotena. Selain itu watercress mempunyai sumber kalsium yang baik, serat besi dan tembaga. Disini aku kongsikan serba sedikit kebaikan dan khasiat memakan daun watercress.



KELEBIHAN MEMAKAN WATERCRESS ATAU SELADA AIR


Mengandungi ciri2 anti-kanser

Mengurangkan kerosakan DNA sel2 darah dalam pembinaan KANSER
Membantu melindungi mata kerana ia mengandungi tahap dua karotenoid, Lutien dan Zeaxanthi yang tinggi
Membantu stable kolestrol dan tekanan darah
Meningkatkan tenaga seksual dan meningkatkan kesuburan
Membantu memori bertambah baik, mental dan melambatkan proses penuaan
Menguatkan badan terutama aliran darah
Rendah kalori dan tinggi potassium yang penting untuk diet kerana tindakan diuretik menarik bendalir berlebihan ke bawah dan keluar dari tubuh badan
Membantu memperbaiki penghadaman dengan mengawal selia aliran hempedu
Memperbaiki kulit
Daun watercress kaya dengan klorofil dan membantu pernafasan berbau
Mengunyah watercress mentah2 dapat merawat gusi berdarah
Membantu melegakan pembesaran kelenjar prostat, pembengkakan kaki da pergelangan kaki terseliuh - Ambil daunnya dan di tuamkan kepada tempat2 tersebut
Merupakan sumber iodin yang penting kepada fungsi kelenjar tiroid
Kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi


Resipi Salad Watercress

Olive oil (xtra virgin atau biasa) + mustard + Apple cider vinegar + salt + pepper = gaul rata atau masukkan bahan2 ke dalam botol kaca kecil yang bertutup dan goncang rata. Curahkan atas watercress salad dengan potongan tomato cherry atau avocado.


Nota

Penemuan utama diet Watercress atau selada air adalah kadar pengurangan yang sangat ketara dalam kerosakan DNA kepada limfosit (sel2 darah putih) sebanyak 22.9%. Boleh baca selebihnya www.medicalnewstoday.com


P.S. Setiap hari makan watercress atau selada air ini boleh menjadi lebih sihat dan kulit lebih cantik. Yang penting ia dapat membantu kepada pesakit2 kanser. Terdapat di pasaraya2 terkemuka. Sodap di buat sandwich, salad atau soup. Cubalah pelbagai resipi watercress di watercress.com/recipes.aspx .. Soon akan kongsikan dengan korang tentang kelebihan memakan salad atau sayuran roket yang sangat tinggi khasiatnya. I love rocket so much. Yummy....

0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in