Lampin basah

Hari ini icha ingin berkongsi mengenai ruam lampin.

Ruam Lampin :-
BAGAIMANA BERLAKU?

Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.



SIMPTOM
Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:-

1) Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
Kulit berasa kasar dan gatal.
- Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk. 
2) Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
- Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. 
3) Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.


PENCEGAHAN
Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.



RAWATAN
Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.



 P/S : Sekiranya anak kita jenis kulit sensitif, mudah terkena ruam saya sarankan agar menggunakan diaper ichiban yang dreka khas untuk bayi berkulit sensitif.
2016 2nd-friends smile hot About me Ayi Dizon bahasa perak Baschi quick slimming baschislimmingpills bayi bellaammara Ben Ashaari Dan Saya Bloglist Body fix Buat background dalam post Bulan sabit merah Malaysia Business Cara dapatkan URL Glitter graphics Cara kempiskan perut cara tinggalkan kekasih Cara Untuk Keyakinan Diri Chubby Clone samsung galaxy note contest Cute Simbol Untuk Blog derma ramadhan design blog Dunia Akhir Zaman Entry Ogos 2016 F&B follower Free Glitter graphics geram girls Giveaway Handfhone Hatyai hukum gosok gigi ketika puasa iklan instagram instagram ubatgemuk_cepatnaik IPOH Jalan-jalan jalan-jalan cari makan Jamuan Aidilfitri Perdana Menteri 2016 july entry kebaikan dan keburukan vaksian kedai second-hand keluarga Kerja Dari Rumah kesihatan Kimchi komputer korean Lagu Mira Filzah By Ayi Dizon Letak icon sebelah comment lidacapsules lidaslimmingpills lidawholesale life meningkat mini giveaway Minyak Morhabshi Mira Filzah muslims Nasa confirm matahari akan terbit dari barat new new entry nile Oversea pahang PALESTINE Pelbagai jenis kimchi Penjagaan Bayi Perabot antik hiasan rumah Perbualan bayi sebelum kelahirannya pereka grafik perubatan pills processor puasa puding raja punca penyakit gastrik dan rawatan Quotes Ram komputer ramadhan Ramadhan yang pertama Raya 2016 resepi resepi kimchi review Rumah tangga Rumah terbuka PM di pekan pahang segmen senarai hotel di cameron highlands pahang shawl Surirumah Teknik mengorat Thailand tips penjagaan muka tomorrow Travelling Travelog Trip ke cameron highlands Tutorial ubat ubat gemuk ubat gemuk 2016 ubat gemuk murah ori vaksin warisan kecantikan world
Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in