Teknik Mengorat Dan Keyakinan Diri <--- Mesti baca !!!


Salam Sejahtera, 


Buat teman dan taulanku sekalian. Bagi yang tidak tahu cara nak mengorat dengan betul, Lelaki mahupun perempuan dilahirkan didunia ini pasti inginkan seorang teman untuk dijadikan sebagai teman hidup. Tetapi entah apa salah dan silapnya sehingga kini anda masih lagi mencari dan mencari dan terus lagi mencari.

Cuba anda renungkan bait-bait lirik lagu dari kumpulan Def Gef C "Cinta Sakti" antaranya ialah, malam pasangannya siang, langit pasangannya bumi, bulan pasangannya bintang, apa pasangannya mentari…Mentari tu anda lah…Masih lagi tiada pasangan. Nak dikatakan yang anda ni tak hensem, hensemlah juga jika dibandingkan dengan Mr.Bean tu, nak dikatakan yang anda ni tak lawa, lawalah juga jika dibandingkan dengan Halimah Jongang. Tetapi apa silapnya, sampai la ni anda masih lagi single and avilibel. 

Nak minta tolong orang tua carikan, rasa serba salahlah pulak takut nanti dikatakan dah tak laku ke….minta tolong kawan-kawan tolong rekomenkan malulah pulak, nanti diorang kata yang kita ni tak de "tuuutttt" atau bagi orang pompuan, nanti akan dikata perigi mencari timba pulak. ADUSSSS Biso bonar :/ 

Kawan-kawan muka yang tak seberapa macam orang pun dah ade awek atau balak, ini kan pula aku yang 14 kali lebih hensem atau lawa dari dia. Ah malaslah nak fikirkan. Buat sakit hati je.. Camne nak mulakan dulu, rasa malu, macam-macam yang bermain difikiran. Nak mula macam ne? kena bagi salam dulu ke?Nak cakap apa ya?


Melihatkan itu pastinya anda akan tertanya-tanya, ayat apa yang si mamat ni guna sampai dapat awek cun dan seksi gila ni.."pakai bomoh siam kot". Aku yang sikit punya hensem, bukan sikit tapi banyak gila la..pun tak de awek lagi….camna si mamat ni boleh dapat. Selalu terjadi kan? 
Tetapi berlainan pula dengan orang pompuan, mereka ini tidak akan mengutuk atau mengata, tetapi jika mereka melihat couple yang balaknya hensem, dan aweknya….malaslah nak cakap…rasanya hantu kak limah lagi lawa dari dia, mereka ini mulalah berangan, "kalaulah balak tu jadi pakwe aku"………….. 


Tetapi jika diajukan soalan pada mereka berdua itu, kenapa tidak mahu pergi mengorat awek itu? Pasti jawapan anda ialah, "malaslah,nak ke dia kat aku ni" kan aku ni…………. tentu anda hanya mampu untuk pandang, tengok, jeling dan blah je lah dari situ. Buat sakit hati je… Ini biasa terjadi bukan?

Apakah pula reaksi dari anda, jika saya katakan, yang anda ini ada atau miliki satu daya penarik yang teramat menarik yang anda sendiri tidak tahu. Iaitu aset diri anda...!!! Cuba anda lihat apa yang menarik pada diri anda itu. Rupa? body? Kenapa masih lagi single and available? 


Seringkali kita mendengar dan melihat atau terjumpa kaum Adam dan Hawa yang masih lagi single atau solo (bukan Solo kat Indon tu) takde pakwe atau makwe dan tak kahwin-kahwin lagi, dan anda adalah salah seorang daripadanya. Adakah benar ini adalah cara yang anda inginkan dalam hidup anda?

Tidak mahu terikat dan atau belum lagi bersedia untuk memikul tanggungjawab lagi.
Atau adakah anda telah berkali-kali mencuba, akan tetapi hasilnya ….hampa.
Atau yang sebenarnya anda tidak pernah langsung mencuba untuk mengorat pakwe atau makwe/pakwe idaman anda ? Lagi seronok hidup membujang tak ada sapa nak larang.

Kenapa dan mengapa semua ini terjadi ?

 Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan nisbah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin ialah 2:1 (2 wanita untuk 1 lelaki)

Kebanyakkannya hanya menjadi ikut-ikutan sahaja.Orang dah kawin awak pun nak kawin juga.Tapi pilihan hati pun tak de. Yang berkenan dihati tak kunjung jua,tapi yang tidak berkenan berduyun-duyun pula yang datang. Ramai dari kalangan anda sudah patah hati bila cubaan pertama untuk mengorat mengalami kegagalan..

Statistik sekarang telah menunjukkan bahawa kahwin lambat sudah menjaditrend dan ikutan masa kini.Ini semua kerana lambat bertemu dengan pilihan hati. 

ADAKAH ANDA PUN MAHU JADI BEGITU??


Cuba anda buat sedikit penyelidikan, pengkajian dan pemerhatian, masih terdapat ramai daripada anda di luar sana yang begitu takut atau segan untuk memulakan perkenalan atau perbualan apabila terlihat atau berjumpa dengan awek/pakwe. Kebanyakan dari mereka ini, takut dengan 'Rejection' ataupun tak layan daripada kalangan awek/pakwe.

Ini boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk menerus 'hajat'mereka. Jika beginilah gayanya, kenalah orang tua anda masuk campur kalau nak timang cucu secepat mungkin takut nanti ……(andartu)????


Mereka tahu menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka.Walaupun mereka ini ada kekurangan,tetapi dengan kelebihan yang ada semulajadi pada mereka telah membuatkan ramai lelaki/perempuan di luar sanaangau dibuatnya. Mereka tahu menyelami perasaan seorang lelaki/wanita,kerana mereka telah mengenali sifat-sifat mereka terlebih dahulu.

Mereka ada aura yang sememangnya payah atau susah untuk diungkapkan.Seperti durian jika dilihat kulit luarnya memang tidaklah menarik,tetapi aura baunya yang menarik perhatian kita untuk mendapatkannya.Tidak pernah ada orang beli durian tanpa mencium dulu baunya.Kerana itulah aura durian itu. Mereka ada daya penarik yang tidak ada pada sesetengah orang. Seperti bunga ros kenapa anda membelinya?Ini kerana daya penarik bunga ros/mawar itu adalah warna dan baunya yang harum.Kenapa pula tidak bunga tahi ayam?Sebab dengar bunyinya pun sudah tidak menarik inikan lagi baunya.


Jadi jika keempat-empat sifat ini digabungkan maka dengan senang dan mudah untuk anda memulakan langkah pertama untuk mengorat. Jadi tak payahlah nak muka hansem ke, cun ke atau duit banyak selori untuk mengorat. Ataupun pembedahan plastik..!


Sorry entry terlampau panjang. credit : Maskahwin.com 

0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in