Tips Kempiskan Perut Tanpa Bersenam

Hai hai hai blogger! 

Hari icha Icha akan ajar cara-cara mengempiskan perut tanpa perlu bersenam.
Sangat senang dan mudah. Sesuai untuk lelaki dan perempuan juga!
jom.jom kebawah :)


Perut tanpa lemak yang menggeleber memang menjadi idaman kaum wanita ataupun lelaki. Lebih2 lagi bagi kaum ibu yang baru melahirkan anak, isu perut buncit merupakan isu besar. Tapi tahukah anda, anda boleh kempiskan perut tanpa bersenam.

Yer, betul. Ini berdasarkan pengalaman Icha sendiri sebab Icha memang tak suka bersenam. For me, rasa berpeluh dan melekit2 selepas bersenam itu bukanlah sensation yang best. Not only that, penat pula. Bila dah penat, rasa nak makan more dan tido. Not a wise thing to do. 

So, Icha fikirkan satu cara yang paling mudah untuk diri sendiri. Secara umumnya kita tahu yang melakukan ‘sit-ups’ adalah cara terbaik untuk kempiskan perut. Tapi berapa ramai dari kita yang rajin buat sit-ups? Icha memang surrender awal2 (pemalas betul! huhu).


Dari pengalaman buat sit ups sebelum ini, Icha noticed perut dan abdomen kita berasa tegang dan agak ‘sore’ selepas buat sit ups. So, Icha fikirkan cara yang ‘similar’ dengan sit ups tapi lebih mudah dilakukan, dan boleh dilakukan di mana2 saja.



Ini cara2nya:-
1. Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh.
2. Tahan selama 10 saat (atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih.



In fact, sewaktu anda baca post ini, anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali, anda boleh rasakan ‘effect’ seperti buat sit ups. Mudah sangatkan?Technically, kita mahukan perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle.

See.. 
It is 2 in 1. Teknik ini boleh dilakukan di mana2 saja. Anda boleh buat sewaktu surfing Facebook, sewaktu membuat kerja di computer, sewaktu menonton tv dan sebagainya. Sewaktu memasak pun boleh buat tau. Buat di pejabat pun boleh asalkan member sebelah tak perasan. hehe..

Berapa lama nak dapatkan result yang diinginkan? Ianya terpulang kepada individu. Jika anda rajin buat teknik di atas setiap hari, pastinya result boleh nampak dalam beberapa minggu. In fact, you tend to kempiskan perut all the time bila dah selalu buat this teknik.

This teknik bukannya cakap2 kosong sebabnya ada diajar di sesetengah pusat aerobic. Anda tak perlu lagi mencari produk untuk kempiskan perut atau untuk mengetatkan faraj/vagina. Lagi satu Icha memang tak percaya dengan sebarang produk kesihatan kerana ‘natural healing’ is still the best way. Trust me, our body works in miraculous way.




< Selamat Berjaya >


0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in