Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, ilmu yang anda dapat. 




Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. 

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

yata
2016 2017 2nd-friends smile hot About me Ayi Dizon bahasa perak Baschi quick slimming baschislimmingpills bayi bellaammara Ben Ashaari Dan Saya Bloglist Body fix Buat background dalam post Bulan sabit merah Malaysia Business Cara dapatkan URL Glitter graphics Cara kempiskan perut cara tinggalkan kekasih Cara Untuk Keyakinan Diri Chubby Clone samsung galaxy note contest Cute Simbol Untuk Blog derma ramadhan design blog Dunia Akhir Zaman Entry Ogos 2016 F&B follower Free Glitter graphics geram girls Giveaway Handfhone Hatyai hukum gosok gigi ketika puasa iklan instagram instagram ubatgemuk_cepatnaik IPOH Jalan-jalan jalan-jalan cari makan Jamuan Aidilfitri Perdana Menteri 2016 july entry kebaikan dan keburukan vaksian kedai second-hand keluarga Kerja Dari Rumah kesihatan Kimchi komputer korean Lagu Mira Filzah By Ayi Dizon Letak icon sebelah comment lidacapsules lidaslimmingpills lidawholesale life meningkat mini giveaway Minyak Morhabshi Mira Filzah muslims Nasa confirm matahari akan terbit dari barat new new entry nile Oversea pahang PALESTINE Pelbagai jenis kimchi Penjagaan Bayi Perabot antik hiasan rumah Perbualan bayi sebelum kelahirannya pereka grafik perubatan pills processor puasa puding raja punca penyakit gastrik dan rawatan Quotes Ram komputer ramadhan Ramadhan yang pertama Raya 2016 resepi resepi kimchi review Rumah tangga Rumah terbuka PM di pekan pahang segmen senarai hotel di cameron highlands pahang shawl Surirumah Teknik mengorat Thailand tips penjagaan muka tomorrow Travelling Travelog Trip ke cameron highlands Tutorial ubat ubat gemuk ubat gemuk 2016 ubat gemuk murah ori vaksin warisan kecantikan world
Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in