Di sebalik keunikan minyak morhabshi



Ramai yg tanya apa khasiat & kelebihan minyak morhabshi? Sememangnya kami serba salah utk menjwb. Khasiatnya sgt byk tapi kita terikat dgn peraturan KKM yg tidak membenarkan kami mendakwa minyak morhabshi sbg UBAT YG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT.
Jadi, apa itu minyak morhabshi?

Minyak Morhabshi diasaskan oleh Ustaz Hj Abd Hamid, pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pengamal perubatan Islam, beliau juga pengamal perubatan homeopathy bertauliah.

Minyak Morhabshi mengandungi Myrrh (morhabshi), safron, zaiton, dan berpuluh campuran herba tradisional. Tiada bahan kimia atau dadah. BAHAN-bahan yang digunakan telah dipercayai sejak ribuan tahun dalam rawatan seperti kulit (luka, kudis, kayap, kena bahan panas dll), sakit gigi, kepala, perut, dada, lenguh, urat dsbnya.

Minyak Morhabshi diruqyahkan dengan bacaan doa serta ayat-ayat Al-Quran yang lazim diamalkan para ulama sejak dahulu kala bagi mengatasi masalah luaran, dalaman, serta gangguan makhluk halus, sihir, santau dan sebagainya.

Antara doa dan ayat yang digunakan termasuk untuk anti kanser dan pelbagai penyakit kronik lain. Maka tidak hairanlah ramai mangsa penyakit kencing tikus mendapati usaha mereka melalui minyak morhabshi memberi kesan positif.

Meskipun tiada bukti saintifik yang Minyak Morhabshi mampu menyembuhkan penyakit namun bahan yang digunakan serta amalan ruqyah tersebut menjadi asas yang kuat untuk kita berdoa, berusaha dan bertawakkal.

Semoga kehadiran Minyak Morhabshi ini menjadi satu sebab untuk Allah sembuhkan penyakit kita sebagaimana dalil-dalil berikut:
"Tidak berubah qada melainkan dengan doa".
"Apabila kamu telah berusaha maka bertawakkal lah pada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal".
Semenanjung : RM35
Sabah/swak : RM38
*add postage RM6.00


Minyak Morhabshi pernah digelar minyak ajaib oleh sebilangan pengguna. Hal ini kerana tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan ia berfungsi menyembuhkan sesuatu penyakit namun apabila ia berlaku beberapa kali tanpa pembuktian melalui makmal kajian maka secara mudahnya ia dikatakan AJAIB; yakni sesuatu yang di luar kebiasaan (ghairil adat).

Sebenarnya Minyak Morhabshi BUKAN-lah minyak ajaib. Ia adalah adunan daripada bahan-bahan yang pernah melalui proses kajian dan dibuktikan melalui pemerhatian dan pengalaman manusia dari semasa ke semasa. Bahkan ada bahan yang digunakan telah diamal sejak ribuan tahun melibatkan beberapa tamadun besar manusia.

Minyak Morhabshi bukan ubat tetapi campuran herba yang mempunyi sejarah perubatan di seluruh dunia.

Antara bahan yang dicampur sehingga menjadi Minyak Morhabshi ialah:

Myrrh (morhabshi)
Berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pahit (mir). Myrrh atau Morha dipercayai telah dibawa oleh orang Habshi. Itulah sebabnya digelar Morhabshi.

Digunakan secara meluas sejak tamadun Mesir purba, terkenal di zaman kegemilangan Rom, dan menjadi bahan penting masyarakan arab sebelum berkembang ke nusantara. Kini menjadi bahan kajian saintis di seluruh dunia.

Dicatat bahawa perajurit Rom dibekalkan myrrh ketika perang untuk digunakan apabila cedera.

Suatu ketika dulu Myrrh dinilai sama harga dengan emas dengan nisbah berat 1:1.

Dengan peningkatan kemajuan manusia pokok yang mengeluarkan resin myrrh ini telah dikomersialkan dan harganya menjadi lebih murah sehingga bahan yang dulunya hanya berligar di kalangan bangsawan telah mampu digunakan setiap lapisan masyarakat.

Carilah info myrrh di internet dan anda akan dapati semua bangsa utama di dunia mengaguminya.


Minyak Morhabshi, dengan izin Allah dapat merawat masalah berikut :- 

  • histeria
  • dirasuk syaitan 
  • sihir (buatan orang) 
  • santau 
  • bayi 'diganggu' 
  • bayi 'kembung' 
  • sawan tangis
  • baby kerap menangis malam
  • pusat bayi (agar mudah tanggal) 
  • ruam pada baby
  • sakit tekak
  • lelah/asma 
  • sakit gigi 
  • senak perut, cirit birit
  • kanser (luar) 
  • kayap kurap, kulit berkudia, ulser mulut
  • gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha),
  • jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
  • disengat binatang/serangga berbisa
  • merawat luka seperti luka akibat kencing manis atau terkena benda tajam.
  • kulit melecur akibat terbakar atau terkena air panas



Cara penggunaan:-

Goncang botol sambil membaca bismillah dan diikuti salawat ke atas nabi.
Sapukan pada tempat sakit.

Sapukan pada kening, cuping telinga, sendi-sendi, dan tempat tersorok pada tubuh (terutama pada bayi).

Untuk penyakit luaran, sila gunakan secara sapuan. Manakala untuk masalah 'dalaman' seperti santau, sila masukkan 2-3 titik ke dalam 1/3 air suam dan diminum. 

Minyak Morhabshi tidak beracun. Oleh itu jika anda sakit gigi, anda boleh menyapunya terus pada gusi atau gigi yang berlubang dan sakit itu. Caranya, ambil secebis tisu, celupkan dalam Minyak Morhabshi dan tampalkan ke dalam gigi yang berlubang. 

Untuk bayi dan kanak-kanak, calitkan pada kening, ubun-ubun, belakang cuping telinga, sendi-sendi kaki dan tangan, serta tengkuk bagi menghindari daripada gangguan. Amalkan setiap hari (sebelum maghrib) pada bayi anda. Amalkan menyapu pada perut bayi setiap hari dapat mengelakkan bayi diserang kembung perut. Insya-Allah. 

Semenanjung : RM35
Sabah/swak : RM38

*add postage RM6.00


TESTIMONI





Bagus untuk bayi
sy seorg ibu yg baru membeli minyak ini setelah terbaca di internet.walaupun tidak yakin dgn kemampuan minyak ini. saya sapukan pada bayi saya yg tiba2 menangis waktu senja.ajaibnye bayi sy terus senyap dan tidur nyenyak sepanjang mlm.dr hr itu saya terus menggunakn minyak ini
norbaizura muhammad - 4

LUTUT SUKAR DIBENGKOK
Beberapa bulan yang lalu saya mengalami ketegangan di bahagian lutut yang sukar untuk dibengkokkan menyebabkan tidak selesa ketika solat. Setelah hampir 2 bulan mengalami kesukaran ini, pada suatu hari saya terbaca artikel mengenai keunikan minyak morhabshi ini lantas tergerak hati saya untuk mencubanya. Saya terus membuat pesanan sebanyak 4 botol. Pada malamnya sebelum tidur saya menyapu di bahagian lutut sambil mengurut di bawah pelipat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dengan izinNya apabila bangun tidur saya terasa kaki saya ringan dan saya boleh solat dengan selesa, tiada rasa sakit lagi. Sejak itu saya terus menggunakan minyak morhabshi ini dan memperkenalkannya kepada keluarga saya.
YUN HANIZAH BT. RAMLI - 4 BOTOL

lelah dan sakit dada
Jiran saya memang melanggan myk morhabshi bagi meringankan lelahnya yg teruk. Pada suatu malam suaminya diserang sakit dada yg teruk. Beliau mmg ada masalah jantung. Alhamdulillah setelah disapu minyak ini, sakit itu segera lega.
noraini hj saat - NS

Demam Selsema
Saya selale kena selesema dan tiap kali kena memang teruk asyik bersin & meleleh hingus. Kebetulan saya terbaca kegunaan minyak Morhabshi ialah dengan meminumnya. Saya dah guna lama tapi tak pernah minum pun. Saya cuba tengahari 1 sdt dan malam 1 sdt. Lepas tengok AF9, saya tertidur dan pagi besok jaga, alhamdulillah! selsema hilang terus tak macam selalu berharix baru nak hilang. Dengan izin Allah, dalam masa xsampai 24 jam selsema hilang, hingus takde pulih macam biasa. Syukur.
PokMe - Wilayah Persekutuan

baby suka menangis malam
husband saya bekerja di KL dan kadang2 dah maghrib baru sampai rumah. Bila selalu dia balik time mcm tu...anak kecil saya mesti meragam..menangis...mata pejam sambil menggaru-garu telinga kiri dan kanan....bila mcm tu, saya letak minyak Morhabshi di belakang telinga kiri dan kanan dan juga di kening anak saya...alhamdulillah, terus dia senyap dan tak menggaru lagi...bukan baru sekali jadi macam tu dah byk kali dah...saya selalu jugak sapu ke perut anak kecil saya selepas mandi...alhamdulillah tak ada pulak kembung perut...kalau kena gigit nyamuk atau semut...saya sapu minyak morhabshi saje...kalau terkena percikkan minyak masak panas tu cepat2 sapu minyak morhabshi...tak ada melepuh pun...kalau dulu..kena minyak panas aje..terus naik gelembung...saya mesti standby minyak morhabshi satu kat dapur...
Nor Azmah Binti Ab. Aziz - Putrajaya

pengidap kencing manis yg terbakar kakinya,
seorg penguna minyak moehabshi telah menceritakan kpd sy tentang khasiat minyak ini, di mana dia telah mengalami luka akibat terbakar, yg merisaukan rakan kita ni ialah dia ni pengidap kencing manis, kesan luka ni sememangnya mengambil masa yg lama baru akam sembuh, bila menguna minyak morhabshi yg di sarankan oleh seorg rakan yg lain, rakan ni membeli 1 btl dan menyapukan minyak ini kepada lukanya, selama 3 hari menggunakan minyak ini, luka tersebut telah kering sepenuhnya...sy yg mendgr cerita dr rakan sy merasa benar2 bersyukur brtapa besarnya kurniaan allah yg menemukan penyembuh yg mujarab ini...
hashimah ramli - SARAWAK

sakit kepala dan untuk menegangkan muka.
sy mengalami sakit kepala yg teruk hingga ke bhg belakan, bila saya sapu dan buat urutan di kepala tengkok n bahu..allhamdulillah, berat n sakit kepala sy hilang..dan yg paling bestnya bila sy jdkan untuk urutan d muka, kulit muka terasa tegang dan nampak berseri....walaupun kdg kurang tidur...mesti cuba...
hashimah ramli - 100 BOTOL

Minyak Morhabshi Baik Untuk penawar gigitan serangga.
Saya telah melanggan minyak ini sejak awal tahun 2010.Pengalaman saya pertama ia lah saya pernah digigit serangga berbisa dan menggunakan minyak ini sebagai ubat dan ternyata hanya 2 minit sakitnya hilang. Yang kedua ialah Saya terkena benda tajam yang melukakan ditangan saya dan darah terlalu banyak. Syukor saya terbawa minyak ini dan menggunakannya dan ternyata darah terhenti dan kulit pun terus melakat dan tidak bernanah. Yang ketiga saya sejak 10 tahun yang lalu saya sering datang ke hospital untuk ambil ubat gatal,jika tidak gatal-gatal itu membawa kulit saya terluka (berkudis).Selepas saya melanggan minyak ini saja yang saya gunakan dan dia berkesan menyembuhkan yang gatal. Saya jarang ke hospital selepas saya gunakan minyak in. Terima kasih kepada pihak admin yang membantu saya memperkenalkan ubat minyak ini. Oleh kerana saya merasakan keberkesanan minyak ini maka saya mahu membuat pesanan lagi. TQ
Jaimis Bin Luntau - 20 botol.

Minyak yang berkesan samada dalaman atau luaran
Mengambil kesempatan bagi saya utk menulis di ruangan ini dimana sebelum ini telah disiarkan sms saya mengenai penyakit saraf yg telah saya alami selama 2 bln maka dgn ini saya nak berkongsi satu lagi cerita mengenai cucu kepada abang saya yg mana dia ni terlalu hyper, maka saya telah memberi 1 botol pada anak saudara saya, dia pun menyapukan keseluruh badan anaknya minyak tersebut, setelah beberapa hari dia pun menjadi hairan kenapa anaknya menjadi tenang(cool down)nenek dia pun hairan ingatkan dia tak sehat, dia sarankan anak nya buatkan ayam goreng untuk cucu dia, rupa2nya bukan dia tak sehat itu adalah penangan minyak morhabshi, dan ada lagi kawan2 saya yg mendapat menafaat dr minyak tersebut.
Halimah Morshidi - 20 botol

Memang berbaloi..
Pengalaman kakak saya sendiri.Dia memakai minyak ini kerana mengalami sakit kepala yang teruk setiap hari.Bagaikan tak percaya, sakit kepala nya hilang tiba2.Dia sendiri berkata minyak ini minyak ajaib.
JUSNIWATI BINTI SALLEH - 20

Minyak Morhabshi
Apabila saya menggunakan pertama kali,alhamdulilah ia amat mujarab sekali.Lenguh-lenguh dibadan saya hilang
wan suhaimy iskandar - 8

3 thn tak dapat tanggalkan cincin
Aslkm Kawan saya mengadu hal cincin emas dijarinya tidak dapat dicabut hampir 3 tahun.Pelbagai ikhtiar telah dilakukan seperti sabun,minyak masak dan minyak herha.Putus asa beliau nk pergi potong cincin tersebut.Saya syorkan minyak Mohabshi dengan berselawat atas Nabi 7 x beliau sekelip mata tanpa rasa sakit dengan mudah cincin tersebut berjaya ditanggalkan. Satulagi anak buah saya menangis setiap masuk magrib cuma sapu kat antara dua kening dia terus berhenti nangis. Sekian,KISAH BENAR
Azizul Rahman B.Manja - 16

kucing kena racun
Oleh krn beberapa pengguna bercerita ttg kucing, saya ingin berkongsi cerita drpd pemilik syrkt printing morhabshi. Anak beliau menemui seekor anak kucing yg termakan racun. Mereka memberi minum minyak morhabshi dan kini boleh dikatan sembuh sepenuhnya. Pada peringkat awal, racun itu menyebabkan ia bisu. Kini sudah bersuara semula. Alhamdulillah.
Cheguman (admin) - Melaka

Ubat Patah
Kucing jiran saya baru je berusia 2 bulan .Malang menimpa kerana dilanggar motor ,kaki kiri belakang patah,tulang pinggul patah serta tulang rusuknya sekali...saya terus suruh ambil minyak Mohabshi yg dibeli oleh jiran saya..Minyak di sapu dan sedikit urutan pada anak kucing tersebut...esok dah boleh berjalan walau pun terhincut-hincut sedikit...Terima kasih pada Allah kerana menemukan minyak mustajab ini...Amin..
Azizul Rahman B.Manja - 16

Ubat Patah
Kucing jiran saya baru je berusia 2 bulan .Malang menimpa kerana dilanggar motor ,kaki kiri belakang patah,tulang pinggul patah serta tulang rusuknya sekali...saya terus suruh ambil minyak Mohabshi yg dibeli oleh jiran saya..Minyak di sapu dan sedikit urutan pada anak kucing tersebut...esok dah boleh berjalan walau pun terhincut-hincut sedikit...Terima kasih pada Allah kerana menemukan minyak mustajab ini...Amin..
Azizul Rahman B.Manja - 16

Alhamdulillah.Minyak morhabshi memang berkesan
Anak sulung saya mengalami sakit gigi yang agak teruk..Oleh sebab dia juga mengalami masalah 'Autism'.jadi saya susah untuk mengetahui mana satu giginya yang bermasalah.Ini kerana giginya berlubang atas dan bawah.Lebih mengecewakan lagi,doktor gigi yang saya temui tidak mahu menampal atau mencabut gigi anak saya dengan alasan belum berumur 6 tahun.Lagi satu alasannya ialah tidak boleh menampal gigi yang sedang sakit.Hampir kesemua klinik gigi di bandar Kota Tinggi telah saya pergi, namun itu saja alasan yang saya dengar.Alhamdulliah,Allah itu Maha Besar.Selepas sembahyang Subuh saya tergerak untuk membuka laman web berkenaan ubat sakit gigi,dan Allah telah menemukan saya dengan satu laman blog (saya terlupa siapa blogger tu),dan terbaca khasiat minyak Morhabshi.Dari situlah saya terus menempah minyak morhabshi dan terus menggunakannya sebaik saja tempahan saya itu diterima.Dalam 2 hari saya menggunakan minyak morhabshi ( dengan mencelupnya ke kapas dan menyumbatkan di lubang gigi anak saya yang skit),Alhamdulillah kesannya amat ketara.Anak saya kurang nangis, boleh makan macam biasa dan tidurnya juga nyenyak..Kini setelah 3 minggu menggunakannya sakit giginya seperti tiada lagi.Saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana menyembuhkan anak saya dan berterima kasih kepada semua pihak Morhabshi.com, kerana menghasilkan minyak Morhabshi yang bermanfaat kepada semua golongan.Amin.
mohd hakimi rizal bin abdullah - 5 botol

Selain berubat, dapat juga menjana income!
Alhamdulillah, kemujaraban minyak Morhabshi memang tidak dpt dinafikan lagi. Banyak yang telah sembuh dengan asbab minyak ini. Sakit gigi, luka, kurap, sakit perut, cirit birit, semuanya sembuh dgn izin Allah melalui minyak ini. Malah dengan minyak ini juga saya mampu menjana income sehingga cukup untuk menampung sementara menunggu hari gaji saya. Ini kerana sambutan yg hangat dan permintaan yang tinggi di Sarawak terhadap minyak Morhabshi amatlah memberangsangkan!
Asri bin Sapiee - 5 botol (Pakej C)

Penawar Santau
Saya mengalami penyakit kulit sejak berkahwin ,setelah menyapu minyak tersebut terasa sejuk dan tidak gatal lagi ,Syukur Alhamdullillah
Azizul Rahman B.Manja - 16

Penyakit Kulit akibat sihir
Saya pengamal perubatan tradisoinal telah memberikan sebotol minyak Morhabshi kat kawan saya kerana terkena sihir seluruh badannya berkudis,InsyaAllah hampir sembuh baru dua kali sapu.
Azizul Rahman B.Manja - 16

Kegunaan untuk binatang
Boleh juga di gunakan untuk binatang. Pelangan ana , ada seekor kucing yang tidak boleh membuka mata, tapi alhamdulillah ana suruh titikkan minyak Mohabarshi ke mata kucing sambil berselawat, keesokan harinya kucing itu dapat membuka mata . semua dengan keizinanNya . Wallahu'alam
Muhammed Raffi Shaik Allaudeen - 16



Testi dari Sarawak..
Mungkin ramai daripada anda sudah mengetahui atau telah membaca sedikit sebanyak info mengenai minyak Morhabshi sama ada melalui rakan atau link yang disediakan dalam blog ini. Memang saya tidak mahu komen lebih-lebih sehingga saya sendiri yang mencuba atau mereka yang terdekat dengan saya melihat keberkesanannya terlebih dahulu sebelum berkongsi manfaatnya dengan anda. Berikut ini adalah catatan ringkas seperti yang diceritakan kepada saya daripada mereka-mereka yang telah mencubanya.. ‘Kulit Melecur’-Lokasi:Bandar Baru Samariang Seorang surirumah terkena air panas ketika bekerja didapur dibahagian lengan menyebabkan kulitnya melecur teruk. Dalam keadaan kesakitan itu beliau telah menyapukan sedikit minyak dibahagian yang melecur tersebut dan dalam beberapa minit kulit tersebut tiba-tiba menjadi kempis dan kering serta kesakitannya berkurang. Ia juga telah menggurangkan kesan melecur/parut pada kulit berkenaan’ ‘Bengkak Bahagian Peha’-Lokasi:Kpg Kudei Seorang pelajar sekolah rendah sedang mengalami kesakitan beberapa hari dibahagian peha akibat bengkak. Walaupun sudah berurut tetapi masih tidak sembuh sepenuhnya. Ibu yang sudah risau telah cuba mengurutnya dengan minyak ini dan dengan tidak semena-mena bengkak dan sakit semakin hilang dan sembuh sepenuhnya. Ibu yang gembira itu telah berkongsi pengalaman dengan jiran sebelah dan berita baik itu telah menjadikan ibu yang asalnya tidak pandai mengurut tiba-tiba menjadi tukang urut asbab minyak yang digunakan. ‘Rambut Gugur’-Lokasi:Demak Laut Seorang kanak2 mengidap sejenis masalah kulit kepala yang kering sehingga keguguran rambut.Telah banyak usaha dilakukan tetapi apabila mencuba minyak ini dengan menyapu sedikit dibahagian kulit kepala,masalahnya terus berkurangan dan hilang. ‘Luka Kena Parang’-Lokasi:Kenyalang Park Seorang pekerja ukur tanah telah terkena parang semasa melakukan kerja-kerja dalam hutan dan telah menyebabkan luka sepanjang 1 inci serta dalam mengakibat darah keluar dengan cepat. Dalam hutan yang serba kekurang peralatan kecemasan minyak diletakkan sedikit dihujung jari dan disapu pada tempat luka dan dalam beberapa minit darah terus berhenti. Beliau dapat menyambung kerja-kerja yang masih berbaki tadi. ‘Sakit Gigi’-Lokasi: Perindustrian Demak Seorang pekerja kilang tiba-tiba mengalami sakit gigi yang amat sangat dan akibat menahan kesakitan itu.sehingga tidak dapat melakukan kerjanya. Seorang rakan yang melihat keadaan itu membantu dengan menggunakan minyak tersebut meletakkannya sedikit pada kapas dan ditekan pada bahagian gigi yang sakit. Tidak lama selepas itu kesakitannya hilang dan pekerja tersebut telah berminat dengan keberkesanan minyak tersebut dan telah membeli lebih 10 botol untuk dikongsikan manfaatnya kepada mereka yang lain. Sebenarnya banyak lagi cerita yang telah disampaikan kepada saya namun ruang masa yang agak terbatas untuk saya menulis kesemuannya disini. Itu belum lagi termasuk mereka-mereka yang mengalami gangguan yang berunsur rohani seperti (sihir, rasuk, bayi menangis malam, murung,sakat dan sebagainya. InsyaAllah mungkin pada kesempatan lain sambung cerita. Perlu diingat! Yang menyembuh bukannya makhluk, tetapi Allah jua yang Maha Menyembuh melalui makhluknya yang berupa minyak yang telah dibaca Quran dan doa dengan izin-Nya. Tujuan saya memperkenalkan minyak ini juga ada sebahagian dari usaha mengurangkan kebergantungan pesakit kepada perawat secara terus samada masalah yang beruba fizikal atau rohani. Ini kerana perawat juga adalah makhluk yang sudah semestinya mempunyai banyak kelemahan dan kemampuan yang terbatas dan Allah jualah sebaik-baik Penolong. Wallahu’alam.
sudir-rahman - Pakej G

Tidak boleh berjalan
Seorang saudara saya berusia 70an tahun tidak boleh berjalan, tempurung lututnya teramat kejap dan tidak bergerak langsung bila digoncang. InsyaAllah selepas saya sedekahkan sebotol minyak Morhabshi untuk diurut pada tempurung lutut dan pelipat kakinya, tempurung lututnya sudah boleh bergerak dan Alhamdulillah sudah boleh berjalan.
Md Junid Abdullah - 5 botol (Pakej C)

Gatal-gatal
Minyak Morhabshi ini berkesan untuk membantu menyembuhkan penyakit gatal2 yg dialami oleh anak saya, alhamdulillah..
Shifa - ...

Gangguan makhluk halus
Salam,saya sangat berpuas hati dgn minyak Morhabshi ini kerna dia membantu saya utk perubatan yg saya lakukan,sebelum ini saya menggunakan aura serta ayat2 Al'Quran utk menghalau makhluk halus tapi setelah saya menggunakan minyak ini lebih mudah lg bagi saya utk menghalaunya,rupa2nya makhluk halus ini takut juga dgn miyak morhabshi yg saya letakkan pada tubuh pesakit..bukan itu saja dia juga boleh merawat luka yg terkena benda yg tajam..saya berpuas hati dgn myk Morhabshi ini,terima kasih pd cikgu Azman kerna sudi memberi peluang pada saya utk menggunakan..myk morhabshi ini adalah myk serbaguna yg mana setiap rumah harus ada sebotol begitu juga didlm kenderaan kita..wassallam..
Rosli Bin Hj Md Darus - Pahang

Sakit Tulang Bahu,Pinggang Dan Kaki.
Sejak kecil lagi saya menggunakan minyak morhabshi sampai skrg.. Tahun 2000 Saya terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Tulang belakang bahu dan pingga saya sengal² dan saya menggunakan minyak morhabshi tiap² hari stelah telah memulihkan semula. Pinggang sya mengalami retak otot yang perlu memakan vitamin dan ubat sepanjang hayat. kaki kiri saya pula(food drop)atau kurang upaya sepauh kekal dan tak berfungsi. hampir 6bulan kaki sya membengkok dan xdapat lurus dengan sempuna.. Doc. kata kalau buat operation 50-50 sama ada sembuh atau terus lumpuh.. saya menggunakan minyak morhabshi dan alhamdulillah kembali lurus dan boleh berjalan semula sampai hari ini.. Jitra,Kedah (0126179128) http://biztomoney.blogspot.com
kHuzaiMie Mansur - 100

Mujarab!
Adik saya terkena pisau pemotong sayur, darah yang keluar agak banyak, sebaik sahaja menyapu minyak Morhabshi, dengan izin Allah, darah berhenti mengalir dan luka ditangan sudah hilang rasa sakit. Alhamdulillah
Mohd Nazri Ab Aziz - 5 botol

Serasi dengan keluarga
Saya mengenali minyak morhabshi kerana Cikgu Azman menempah iklan elektronik bagi mempromosikan morhabshi di Melaka. Beliau menghadiahkan saya sebotol dan rupa-rupanya telah menyelesaikan masalah anak-anak yang 'ketakutan' di waktu malam. Sekarang anak-anak saya sudah berani tidur di bilik masing-masing dan tidak 'diganggu' lagi. Ia baik utk kembung perut dll. Bermula dengan sebotol percuma, kini saya sudah membeli 20 botol krn rakan2 turut berminat.
Othman - Melaka

berak darah
Assalam, Alhamdulillah suami saya yg idap berak darah dah sembuh sepenuhnya bru 1 mggu minum. tqvm (mesej daripada chatrolMorhabshi)
kamariah - ...

Minyak morhabshi yang BAGUS....
Sebelum Aidilfitri 2009 saya telah pun membuat pembelian minyak morhabshi ini dan telahpun menggunakannya. Saya juga telah memberi beberapa botol kepada kawan saya dan beliau telah memberikannya kepada datuk dan adik beliau yang mana datuk beliau mengalami sakit kaki yang tidak dapat dibengkokkan... alhamdullillah sebaik sahaja meyapu bahagian lutut tidka berapa lama kaki dapat dibengkok dan dapat bergerak dengan lebih baik. Adik beliau pula telah menitikkan minyak morhabshi ini ke atas gigi yang sakit dan alhamdulillah gigi beliau tidak berasa sakit lagi...Terima kasih kepada Cikgu Man atas minyak morhabshi ini dan kesyukuran atas limpah kurnia ALLAH SWT atas nikmat dan khasiat alam yang tiada bandingannya.
MD NIZAM BIN HASHIM - D

baik untuk bayi
tahniah cheguman kerana berjaya memasarkan morhabshi melalui internet. Kami lebih mudah mendapat bekalan sekarang berbanding dulu. Alhamdulillah saya baru mendapat cucu lagi dan kiriman cikgu telah diterima sebelum raya. nampaknya cukup serasi dengan cucu baru saya ni.
Puan Aminah - Johor

Penyakit kulit
Saya dapati minyak ini cukup baik utk sakit kulit. Anak kecil saya yang alahan pada kulit (bersisik) pun sekarang dah nampak tambah bersih kulitnya.
Sulaiman Basir - KL

Buasir
Saya telah lama mengidap buasir. Bila buang air besar, bercampur darah. Akhirnya rakan sekerja saya memberi saya sebotol minyak morhabshi. Alahamdulillah, setelah minum minyak ini, sudah lebih setahun tidak keluar darah lagi. Sekarang, saya dan keluarga memang sentiasa menyimpan minyak ini di rumah dan di dalam kereta. Minyak ini juga amat bagus untuk bayi saya.
Murad M Nor - Perak

Stroke dan Kebas Sebelah Badan
Nama : Normala Binti Md Desa email : mala.desa63@gmail.com Alamat : No 34,Lorong Mahsuri 4,Taman Mahsuri,11950,Bayan Baru,P.Pinang Telepon : 0135167414 Blog: http://cikgumala.blogspot.com Saya telah mengalami kemalangan jalanraya pada awal Mei lalu yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan kesan dari kecederaan itu saya telah mengalami kebas dan lemah pada separuh dari tubuh saya sebelah kanan, dan setelah merujuk pada pakar dinyatakan saya menghidapi serangan strok TIA yang menyebabkan kesakitan dan kebas beberapa kali dalam tempoh 24 jam. Pada petang 24 Julai yang lalu saya menerima pesanan minyak morhabshi dan terus menggunakannya dengan mengurut bahagian sebelah badan yang kebas. Subhanallah...selepas solat Maghrib kesan kebas pada bahagian badan saya terasa beransur kurang. Sehingga kini saya teruskan rawatan mengurut sendiri bahagian badan saya dengan minyak Morhabshi. Kesan kebas dan lemah terasa berkurangan dan saya akan menjalani ujian ct scan pada 29 Julai ini mengikut jadual temu janji dengan doktor dan tak sabar untuk mengetahui perkembangannya.
Normala Binti Md Desa - Pulau Pinang

BARAH HATI
saya adalah pengamal perubatan tradisional. baru-baru ini saya dikunjungi pesakit barah hati yang kronik!! terlintas dihati saya ingin mencuba kemujarapan minyak morhabsi!!! lantas saya menyuruh pesakit tersebut menggunakan minyak tersebut dengan menitikkan minyak morhabshi lima titik kedalam air suam kemudian diminum airnya 3x sehari. ALHAMDULILLAH...nampak amat ketara perubahannya selepas 2 minggu dia mengamalkan seperti yang saya anjurkan, sehingga DOKTOR merasa hairan!!!
samsudin bin ibrahim - terengganu

Luka
Untuk luka memang mujarab. Kalau masuk hutan (perkhemahan), saya mesti bawa.
sakroni - Pahang

Sakit Gigi
Minyak morhabshi ini sungguh berkesan untuk sakit gigi. Saya pernah mengalami sakit gigi di tengah malam sehingga berair mata menahannya. Alhamdulillah, saya segera teringat pada minyak morhabshi yang memang telah lama keluarga saya gunakan. Saya mencelup secebis kapas ke dalam minyak ini dan menyumbat ke dalam gigi yang berlubang. Malam itu saya boleh tidur lena dan bercadang utk ke klinik esoknya. Namun, sakit itu terus hilang dan tak pernah berulang. Alhamdulillah.
azura - Pahang

Ulat air/gatal celah jari kaki
Sudah puas saya menggunakan pelbagai jenis ubat dan krim tapi tak sesuai. Celah-celah jari kaki saya berkulat dan berlendir. Apabila terkena air, pedih. Akhirnya seorang rakan menyuruh saya mencuba minyak Morhabshi. Alhamdulillah. Masalah tersebut telah selesai.
Mohd azmi - Kedah

Bayi menangis maghrib
Pada suatu petang saya mendengar bayi jiran saya menangis tak henti-henti. Saya segera melihatnya dan membawa minyak morhabshi. Mata bayi itu terbeliak sambil memandang ke atas. Saya menyuruh suami jiran saya itu menyapu minyak ini ke ubun-ubun, belakang telinga, tengkuk, dan sendi-sendi bayinya sambil membaca selawat. Alhamdulillah, bayi itu terus diam.
Norazhar - Selangor

testimoni saya
1. Isteri saya yang baru melahirkan anak sering sakit/lenguh belakang/pinggang. Setelah menggunakan minyak morhabshi beransur-ansur reda dan terus hilang (sekali sapu pada malam tu lepas tu tak pernah merungut sakit/lenguh belakang lagi sampai sekarang.. Alhamdulillah) . 2. Anak saya mengalami sakit perut memulas dan muntah2 baru2 ini. Setelah diberi minum air yang dicampurkan dengan beberapa titik minyak morhabshi disertai dengan menyapu minyak pada perut Alhamdulillah sembuh. 3. Bisul pada kaki yg kemerahan baru hendak menjadi Alhamdulillah terus terhenti dan tidak aktif lagi selepas disapukan minyak morhabshi. 4. Bnegkak/lebam akibat tersepit dan jatuh pulih dalam sehari semalam setelah disapu minyak morhabshi dua kali (Saya guna utk sahari semalam shj. Mungkin terus hilang bekas jika terus disapu pada hari ke2 dan ke-3, wallahua'lam) Dzulkhairi bin Yusoff - 68000 selangor
Dzulkhairi bin Yusoff - Selangor

asma/lelah
Saya ok. Tapi ada kakak di ofis saya mengadu anaknya yang berumur 6 tahun sudah beberapa kali diserang lelah. Baru lagi agaknya. Oleh kerana saya pernah membeli minyak morhabshi 5 botol, saya berikan pada akak tu sebotol. Beberapa hari slps tu akak tu bgtau asma anaknya dah kurang. Sekarang, sy jadi tukang order minyak morhabshi (agen sukarela) utk rakan-rakan ofis. ps: program ni? pucuk dicita ulam yang datang...
Saiful Anuar - Selangor


*** Untuk pertanyaan & tempahan, Sila isi form di bawah dan submit ***
Name:
Email Address:
****************************SOLD OUT******************************
2016 2017 2nd-friends smile hot About me Ayi Dizon bahasa perak Baschi quick slimming baschislimmingpills bayi bellaammara Ben Ashaari Dan Saya Bloglist Body fix Buat background dalam post Bulan sabit merah Malaysia Business Cara dapatkan URL Glitter graphics Cara kempiskan perut cara tinggalkan kekasih Cara Untuk Keyakinan Diri Chubby Clone samsung galaxy note contest Cute Simbol Untuk Blog derma ramadhan design blog Dunia Akhir Zaman Entry Ogos 2016 F&B follower Free Glitter graphics geram girls Giveaway Handfhone Hatyai hukum gosok gigi ketika puasa iklan instagram instagram ubatgemuk_cepatnaik IPOH Jalan-jalan jalan-jalan cari makan Jamuan Aidilfitri Perdana Menteri 2016 july entry kebaikan dan keburukan vaksian kedai second-hand keluarga Kerja Dari Rumah kesihatan Kimchi komputer korean Lagu Mira Filzah By Ayi Dizon Letak icon sebelah comment lidacapsules lidaslimmingpills lidawholesale life meningkat mini giveaway Minyak Morhabshi Mira Filzah muslims Nasa confirm matahari akan terbit dari barat new new entry nile Oversea pahang PALESTINE Pelbagai jenis kimchi Penjagaan Bayi Perabot antik hiasan rumah Perbualan bayi sebelum kelahirannya pereka grafik perubatan pills processor puasa puding raja punca penyakit gastrik dan rawatan Quotes Ram komputer ramadhan Ramadhan yang pertama Raya 2016 resepi resepi kimchi review Rumah tangga Rumah terbuka PM di pekan pahang segmen senarai hotel di cameron highlands pahang shawl Surirumah Teknik mengorat Thailand tips penjagaan muka tomorrow Travelling Travelog Trip ke cameron highlands Tutorial ubat ubat gemuk ubat gemuk 2016 ubat gemuk murah ori vaksin warisan kecantikan world
Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in