Jemputan Rumah Terbuka Aidil-Fitri Dari Perdana Menteri :)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum

Hari ni icha rajin nak updated blog. Sebab rasanya dah berhari-hari tak updated semenjak kita semua berhari raya ni. Siap kena warning lagi dari one of the bloggers malaysian kita tanya bila icha nak updated blog tau.. haha! 

Icha ucapkan terima kasih untuk semua bloggers / pembaca yang sudi baca dan sentiasa klik blog icha dari semasa ke semasa walaupun sejak raya ni baru ada 1 atau 2 kali entry.

Hari-tu icha janji nak updated pergi bercuti dekat cameroon highlands kan masa hari raya? Boleh tak icha post-pone to next entry? plss~

Sebab hari ni icha nak updated sesuatu benda yang akan terjadi 1 hari dari sekarang. Teruskan mata-mata korang berjalan dengan pantas selepas baca entry panjang jela icha ni tau.. hihi
.
.
.
.
Icha dengan suami dapat jemputan dari perdana menteri kita Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempena rumah terbuka beliau yang berada di Pekan, Pahang. Rasanya include sekali sempena hari jadi beliau yang jatuh 27 July.
.
.
.
.
Moh kita tengok invitation card beliau. Cantiknya la haii.. sangat-sangat!







Dah tengok kan? Cantik tak..cantik tak? kad jemputan macam ni sayang nak buang. Nak simpan pun sayang. Eklusif sangat. Ada masa nak kena pergi buat frame. Boleh tunjuk dekat anak cucu nanti. Hiks!

Hari sabtu malam atau hari ahad ataupun hari isnin (Jangan marah) icha updated blog sempena rumah terbuka beliau di pekan, pahang. Kita updated bab makan pulak siap upload sekali air minum :D

Mujur korang tak nak tengok kan macam mana persiapan rumah terbuka beliau dekat pekan, pahang kan. Mesti ramai tak sabar nak tengok punya kan kan ? Besar tak majlis..Best tak makan minum yang di hidangkan dan paling penting mesti korang fikir.. Dapat duit raya tak? Haaa kita tunggu icha pergi majlis tu nanti. 

Tak sabar jugak ni.. Hihi

Jadi orang Pekan , Pahang ape lagi jom kita kenyangkan perut hari sabtu ni dari jam 10:30am sampai 3:00pm ! Siapa tahu ada jodoh, dapat lah tengok muka PM kita dengan isteri beliau face to face :)



P/s : Confirm jalan jammed depan rumah nanti. Almaklumlah rumah berhampiran............teeet...... :\

0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in