بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum ❤
Lama rasanya tak updated cerita dekat Blog sendiri. 3 Tahun sudah!
.
Dan bermacam-macam pengalaman hidup yang telah di jadikan pengajaran dan pedoman di masa hadapan. Dan icha pun sudah mempunyai permata hati yang kini berumur setahun 3 bulan (setelah 4 tahun perkahwinan)
.
Icha baru ada masa untuk update cerita terbaru selepas di paksa cuti tanpa gaji 2 minggu kerana covid-19. Bersabar lah hati. Bukan icha seorang sahaja di malaysia ini yang akan pening kepala bulan depan. hahahaa. bersama-sama lah kita makan meggi berulam bawang bagi yang bekerja swasta ni (Semoga tiada pemotongan gaji, aamiin T_T)
.
Korang buat apa 2 minggu ni?
Icha 1 keluarga hanya berkurung dalam rumah sahaja. Makan, Tidur, Makan dan Tidur balik hahaa
.
Siapa nak tengok permata hati icha? Kalau tak suka tengok, boleh pangkah siap-siap ye, sebab icha nak update juga.. hehe
Dhia nama di beri ♥
Pesanan tuan rumah : Korang boleh lah tinggalkan jejak di bahagian shoutbox. Icha akan baca satu-persatu bila ada free time. InsyaAlllah free untuk 2 minggu ini. Tapi kena tunggu anak tidur dulu, baru boleh icha jenjalan kampung halaman korang pula. Salam sayang. Jangan keluar rumah untuk 2 minggu ni :)