Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Punca penyakit gastrik dan rawatan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum ❤ 




Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, Kemungkinan anda akan mempunyai penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempuh 2 tahun lagi, akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.



Tanda-tanda penyakit gastrik:

1.Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

2.Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

3.Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.

4.Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

5.Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

6.Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.




Rawatan penyakit gastrik:

1.Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

2.Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!

3.Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

4.Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

5.Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

6.Elakkan makan terlalu kenyang.Elakkan cuka, makanan yang pedas

8.Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

9.Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

10.Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

11.Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

12.Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.


Mudah-mudahan sembuh dan tidak berulang lagi. Semoga bermanfaat untuk semua~


Khasiat Watercress atau Selada Air Anti Kanser








Watercress hijau dan Watercress Merah sama khasiatnya


Assalamualaikum guys... aku nak kongsi dengan korang perkara yang lebih baik dan lebih sihat terutama kepada pesakit2 kanser dan kaki rokok. Percaya tidak sayur watercress atau selada air ini boleh merawat penyakit kanser dan sangat baik untuk diet yag sihat.


Kandungan khasiatnya yang tinggi dan sumber vitamin yang terbaik kandungan B1, B2, B6, C, E, dan Karotena. Selain itu watercress mempunyai sumber kalsium yang baik, serat besi dan tembaga. Disini aku kongsikan serba sedikit kebaikan dan khasiat memakan daun watercress.



KELEBIHAN MEMAKAN WATERCRESS ATAU SELADA AIR


Mengandungi ciri2 anti-kanser

Mengurangkan kerosakan DNA sel2 darah dalam pembinaan KANSER
Membantu melindungi mata kerana ia mengandungi tahap dua karotenoid, Lutien dan Zeaxanthi yang tinggi
Membantu stable kolestrol dan tekanan darah
Meningkatkan tenaga seksual dan meningkatkan kesuburan
Membantu memori bertambah baik, mental dan melambatkan proses penuaan
Menguatkan badan terutama aliran darah
Rendah kalori dan tinggi potassium yang penting untuk diet kerana tindakan diuretik menarik bendalir berlebihan ke bawah dan keluar dari tubuh badan
Membantu memperbaiki penghadaman dengan mengawal selia aliran hempedu
Memperbaiki kulit
Daun watercress kaya dengan klorofil dan membantu pernafasan berbau
Mengunyah watercress mentah2 dapat merawat gusi berdarah
Membantu melegakan pembesaran kelenjar prostat, pembengkakan kaki da pergelangan kaki terseliuh - Ambil daunnya dan di tuamkan kepada tempat2 tersebut
Merupakan sumber iodin yang penting kepada fungsi kelenjar tiroid
Kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi


Resipi Salad Watercress

Olive oil (xtra virgin atau biasa) + mustard + Apple cider vinegar + salt + pepper = gaul rata atau masukkan bahan2 ke dalam botol kaca kecil yang bertutup dan goncang rata. Curahkan atas watercress salad dengan potongan tomato cherry atau avocado.


Nota

Penemuan utama diet Watercress atau selada air adalah kadar pengurangan yang sangat ketara dalam kerosakan DNA kepada limfosit (sel2 darah putih) sebanyak 22.9%. Boleh baca selebihnya www.medicalnewstoday.com


P.S. Setiap hari makan watercress atau selada air ini boleh menjadi lebih sihat dan kulit lebih cantik. Yang penting ia dapat membantu kepada pesakit2 kanser. Terdapat di pasaraya2 terkemuka. Sodap di buat sandwich, salad atau soup. Cubalah pelbagai resipi watercress di watercress.com/recipes.aspx .. Soon akan kongsikan dengan korang tentang kelebihan memakan salad atau sayuran roket yang sangat tinggi khasiatnya. I love rocket so much. Yummy....
Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in