Dilema Ibu-Ibu : Nak Bekerja Atau Berhenti Kerja?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum


Ini keputusan yang agak sukar dibuat. Dan tak ada seorang pakar pun boleh beritahu yang mana keputusan yang lebih baik. Sudah tentu sebagai ibu bapa yang memerlukan sumber kewangan stabil, kita tiada pilihan lain selain bekerja.

Tapi ia adalah pilihan individu. Untuk putuskan apa yang terbaik untuk anda dan keluarga.


3 panduan sebelum membuat keputusan:

Jangan buat keputusan berdasarkan “pandangan” orang lain. Fikir kenapa anda nak berhenti kerja, tanpa pengaruh pendapat orang lain. Ada ibu-ibu yang berhenti kerja kerana nak menjaga anak, Appoinment dengan pihak hospital atau klinik dll, Atau mengikut keputusan seperti kawan-kawan yang lain. Tapi akhirnya merasa kecewa kerana ia tak seindah yang disangka. Jadi putuskan mengikut apa yang anda rasa.

Hati hati dengan jangkaan yang tidak realistik. Bila keadaan tak begitu baik, ibu yang tinggal di rumah akan merasa gagal. Manakala ibu yang bekerja pula merasa bersalah. Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna sebenarnya.


Beberapa kriteria berhenti kerja untuk dipertimbangkan:

Kepentingan Bekerja Untuk Anda
Adakah pekerjaan anda sekarang satu identiti anda? Berapa banyak kepuasan yang anda dapat darinya? Apa yang anda rasa jika anda lepaskannya?  Ada yang merasakan mereka dah capai kejayaan dalam kerjaya dan nak mulakan sesuatu yang baru. Ada pula yang jenis rasa tak bermakna bila tak ada kerjaya.

Memori Kanak Kanak
Anda mungkin ada kenangan yang indah bila mak anda menyambut anak anda pulang dari sekolah. Sebaliknya anda juga mungkin ada kenangan dihantar ke taska semasa masih kecil atau dengan pembantu rumah seharian. Jadi semasa membesar mungkin anda dah biasa dimanjakan mak yang sentiasa ada di rumah. Sebanyak mana perasaan ini mempengaruhi apa yang anda mahu untuk anak anak anda?

Sokongan Pasangan
Adakah suami anda menyokong keputusan anda untuk berhenti dan tinggal di rumah?

Kewangan
Mampu tak anda melepaskan pendapatan anda? Atau dengan kurangnya kos jagaan anak dan perjalanan ke pejabat, anda sebenarnya lebih jimat? Suami anda OK tak menanggung kesemua beban bil seorang diri? Pendapatannya adakah terjamin?

Time For Self
Saya akui, bila bekerja sebenarnya lebih banyak masa untuk diri sendiri berbanding bila menjadi surirumah. Mungkin perlu pengurusan masa yang lebih baik. Tinggal di rumah ni sentiasa ada benda untuk dilakukan dan tak boleh tinggalkan begitu sahaja. Bekerja sebagai ibu sebenarnya sama susah dengan bekerja di mana mana pejabat – kadangkala ia lebih susah!

Terasing
Bila berada di rumah, seorang ibu akan merasa terasing kerana dah tak ramai kawan. Ini masalah yang biasa untuk surirumah. Boleh tak anda kendalikan situasi ini. Mungkin dengan menyertai kelas kelas agama, NGO atau berbisnes part time?

Semua ibu yang baru berhenti kerja mungkin mengambil masa untuk adjust balik minda ketika berada di rumah sepenuh masa. Anda mungkin boleh memulakan sesuatu yang mungkin dapat menyamakan dengan pendapatan yang anda telah lepaskan. Minta pendapat daripada suami dan juga keluarga anda. Sumber dari : aishahamin.com


2016 2nd-friends smile hot About me Ayi Dizon bahasa perak Baschi quick slimming baschislimmingpills bayi bellaammara Ben Ashaari Dan Saya Bloglist Body fix Buat background dalam post Bulan sabit merah Malaysia Business Cara dapatkan URL Glitter graphics Cara kempiskan perut cara tinggalkan kekasih Cara Untuk Keyakinan Diri Chubby Clone samsung galaxy note contest Cute Simbol Untuk Blog derma ramadhan design blog Dunia Akhir Zaman Entry Ogos 2016 F&B follower Free Glitter graphics geram girls Giveaway Handfhone Hatyai hukum gosok gigi ketika puasa iklan instagram instagram ubatgemuk_cepatnaik IPOH Jalan-jalan jalan-jalan cari makan Jamuan Aidilfitri Perdana Menteri 2016 july entry kebaikan dan keburukan vaksian kedai second-hand keluarga Kerja Dari Rumah kesihatan Kimchi komputer korean Lagu Mira Filzah By Ayi Dizon Letak icon sebelah comment lidacapsules lidaslimmingpills lidawholesale life meningkat mini giveaway Minyak Morhabshi Mira Filzah muslims Nasa confirm matahari akan terbit dari barat new new entry nile Oversea pahang PALESTINE Pelbagai jenis kimchi Penjagaan Bayi Perabot antik hiasan rumah Perbualan bayi sebelum kelahirannya pereka grafik perubatan pills processor puasa puding raja punca penyakit gastrik dan rawatan Quotes Ram komputer ramadhan Ramadhan yang pertama Raya 2016 resepi resepi kimchi review Rumah tangga Rumah terbuka PM di pekan pahang segmen senarai hotel di cameron highlands pahang shawl Surirumah Teknik mengorat Thailand tips penjagaan muka tomorrow Travelling Travelog Trip ke cameron highlands Tutorial ubat ubat gemuk ubat gemuk 2016 ubat gemuk murah ori vaksin warisan kecantikan world
Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in