☎ Nob. KKM Homeopathy dan penerangannya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum 




Homeopati merupakan rawatan holistik yang memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakit yang dihidapi. Menurut pakar homeopati, Dr. Nik Fairuz Nik Omar yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ini, kelebihan rawatan homeopati ialah ubat-ubatan yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik dan dadah. Ini secara tidak langsung menjadikan rawatan itu lebih selamat dan boleh diambil oleh semua golongan tanpa mengira peringkat umur.


Apakah Perubatan Homeopati?
Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit.


Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.


Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?
Tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.


Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.



Bagaimana Homeopathy Bertindak??

1. Secara menyeluruh; bukan hanya di beberapa bahagian badan sahaja.
2. Pemikiran dan perasaan manusia dan fungsi-fungsi semua organ dalam tubuh badan manusia semuanya berinteraksi bersama dan penentuan penawar yang paling tepat akan mengambil kira ini semua.
3. Perubatan Homeopathy juga boleh merawat penyakit-penyakit kronik ini mungkin akan memakan masa yang lama daripada penyakit yang akiut.


Adakah Homeopathy Selamat Dan Berkesan??

1. Penawar Homeopathy diambil daripada sumber alam , tumbuh-tumbuhan, mineral dan lain-lain bahan yang menyebabkan sesuatu penyakit .
2. Kesemuanya diproses dengan kaedah yg amat istimewa menjadikannya ia selamat dan berkesan.Ubat Homeopathy adalah asli, suci dan selamat . kandungannya tidak mengandungi dadah atau drug.
3. Tidak menimbulkan kesan ketagih atau kesan sampingan.
4. Selamat dan berkesan ke atas bayi, kanak-kanak yang menyusu dan ibu yang mengandung.
5. Rasanya yang manis-manis buah menyebabkan ubat Homeopathy begitu digemari oleh kanak-kanak.
6. Kejayaan perubatan Homeopathy ini dapat kita lihat di peringkat antaranbangsa di mana ia begitu meluaskan digunakan di German, Italy, France, Canada, India, Amerika, Pakistan dan China.
7. Di England pula, keluarga Diraja British telah lama mengamalkan perubatan Homeopathy sejak beberapa abad yg lalu.


❝ Ubat Homeopathy tidak perlu nob.kkm kerana setiap klinik di Malaysia berdaftar dengan kementerian kesihatan..❞




0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in