Travelog | Pengalaman ke Hatyai, Thailand


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum

 
 Amacam tergugat tak? 
This is Travelog to Hatyai,Thailand. Jom layan~

Seperti dijanjikan icha akan #rewind balik penglaman ke #Hatyai #Thailand beberapa tahun yang lepas. Perbezaan masa ialah 1 jam lewat di Thailand, kalau waktu Malaysia pukul 8, waktu di Thailand ialah pukul 7. Sebenarnya icha sendiri tidak menyangka dapat pergi ke #Thailand boleh menjadi kenyataan. Kerana kenkangan kewangan yang masih baru dapat kerja pada masa tu. Namun nak dijadikan rezeki akhirnya dapat jugak ke sana. Oh ya, sebelum terlupa Thailand sangatlah terkenal sebagai industri pelacuran. 






Restaurant Hamid


Group kami sampai awal di Hatyai, Jadi trip advisor kami dah book makan di restaurant hamid. Restaurant ni mmg cantik & bersih. Pekerjanya pandai berbahasa melayu tapi agak mahal. Namun restaurant hamid ni memang popular bagi pelancong-pelancong luar yang beragama islam. Makanan kat restaurant Hamid, Icha bagi 4 Bintang dari 5.





                                        
Pemandangan dari bilik pada waktu siang

Lobby Regency Hotel

First day tiba di hatyai around 12pm. Check-in dalam pukul 2pm. Icha menginap di Regenc
y Hotel Hatyai. Recommodation dia so far so good, not to bad la. Banyak pengalaman blogger kita dari Malaysia dorang tak recommend hotel Hatyai ni sebab bilik kotor, pekerja tak mesra alam dan lain-lain lagi. Tapi masa group Icha pergi, Alhamdulillah bilik dan staff''s semuanya ok. Tip-top! Untuk korang yang macam icha yang suka merayap dari duduk dalam hotel apa salahnya kan..





Pertandingan Ratu Cantik (Pondan)





Nak dijadikan rezeki hari masa kami sampai, malam tu ada pertandingan ratu cantik pondan di tengah-tengah Hatyai. Memang leleh air liur tengok kulit-kulit dorang. Petang tu banyak jalan dah tutup untuk setup stage. Tak macam di malaysia yang mengambil masa 2,3 hari untuk setup segala bagai,tapi hasil simple. ops! sorry. hehe. Hanya terpegun dengan hasil kerja mereka di sana.






 Gerai-gerai sekitar Regency Hotel, Hatyai









Malam sampai ke pagi (5am) area sekitar Regency Hotel "Hidup" senang nak cari makan tengah-tengah malam yang tiba-tiba lapar. Dan penuh dengan restaurant2 fast food bagi yang tak mahu kelainan atau tekak tak sesuai makan makanan thailand terutamanya ulat beluncas, belalang dan cengkerik goreng. Tak lalu nak bau. Haha






Nora Plaza



Depan Nora Plaza Photoghrapher dah siap menunggu untuk candid-shoot gambar-gambar korang. Dan gambar siap pada masa yang sama jugak. Sebagai tanda kenang-kenangan korang di Hatyai. Harga Icha dah lupa berapa Baht. Maaf ye, hehe.




Di Nora Plaza iaitu pusat menjual pelbagai barangan yang dihasilkan daripada kulit seperti beg, tali pinggang, topi dan pelbagai lagi. Semuanya Original okay. Tak caya? Nanti ada rezeki pergi sana korang test bau barangan kulit di Nora Plaza. ok?






Tak jauh dari Nora Plaza, kami singgah di sebuah gudang makanan ringan. Banyak pilihan. Kat sini, kami beli sebungkus seaweed & perencah tomyam Thai. Haha, yang ni wajib beli tau. Sedap. Bila masak kat rumah, sama macam makan tomyam kat Hatyai.





Pasar Terapung-Klonghae Floating Market












Kebanyakan peniaga yang berniaga di sini ialah orang muslim Thai, so memang halal. Makanan & minuman dijual di dalam perahu, ada jugak yg memasak di situ. Makanan yg dibeli di isi ke dalam bakul & dihulurkan kepada pembeli dengan batang kayu panjang. Bermacam2 makanan dan minuman. Yang paling menarik perhatian pelancong adalah tema mereka yang cantik berwarna warni. Minuman di Thailand memang best kalau nak dibandingkan di negara kita terutamanya Greentea dan Somtam memang superb. 





Hatyai Plaza dan Tuk-tuk






 Perjalan dari hotel ke pasar adalah lebih kurang 15 minit dengan menaiki tuk-tuk. Harga tuk-tuk 20 Bhat untuk perjalanan di sekitar bandar Hat Yai. Kalau duit kita dalam RM2.00 untuk 1 kepala. Di bahagian atas pasar adalah tempat makan, di bahagian bawah ada byk kedai2 menjual baju, kain, kasut, handbag, travel dll. Meroyan tengok semua kedai2 ni, rambang mata mak jemah. Bawa duit 1K pun tak cukup shopping.




Ok ler Icha dah penat menaip ni. Sampai di sini sahaja sedikit sebanyak pengalaman di Hatyai. Sebenarnya banyak lagi tempat yang Icha lawati tapi mungkin akan mengambil masa berhari-hari untuk korang habis baca. Abaikan muka2 yang kepenatan tanpa alat solek tu, Hehehe.



Terima kasi baca entry yang agak panjang ni. Muchagracias. Chao~




p/s : Terima kasih en.google untuk ehsan beberapa gambar.


0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in