Dilema Ibu-Ibu : Nak Bekerja Atau Berhenti Kerja?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum


Ini keputusan yang agak sukar dibuat. Dan tak ada seorang pakar pun boleh beritahu yang mana keputusan yang lebih baik. Sudah tentu sebagai ibu bapa yang memerlukan sumber kewangan stabil, kita tiada pilihan lain selain bekerja.

Tapi ia adalah pilihan individu. Untuk putuskan apa yang terbaik untuk anda dan keluarga.


3 panduan sebelum membuat keputusan:

Jangan buat keputusan berdasarkan “pandangan” orang lain. Fikir kenapa anda nak berhenti kerja, tanpa pengaruh pendapat orang lain. Ada ibu-ibu yang berhenti kerja kerana nak menjaga anak, Appoinment dengan pihak hospital atau klinik dll, Atau mengikut keputusan seperti kawan-kawan yang lain. Tapi akhirnya merasa kecewa kerana ia tak seindah yang disangka. Jadi putuskan mengikut apa yang anda rasa.

Hati hati dengan jangkaan yang tidak realistik. Bila keadaan tak begitu baik, ibu yang tinggal di rumah akan merasa gagal. Manakala ibu yang bekerja pula merasa bersalah. Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna sebenarnya.


Beberapa kriteria berhenti kerja untuk dipertimbangkan:

Kepentingan Bekerja Untuk Anda
Adakah pekerjaan anda sekarang satu identiti anda? Berapa banyak kepuasan yang anda dapat darinya? Apa yang anda rasa jika anda lepaskannya?  Ada yang merasakan mereka dah capai kejayaan dalam kerjaya dan nak mulakan sesuatu yang baru. Ada pula yang jenis rasa tak bermakna bila tak ada kerjaya.

Memori Kanak Kanak
Anda mungkin ada kenangan yang indah bila mak anda menyambut anak anda pulang dari sekolah. Sebaliknya anda juga mungkin ada kenangan dihantar ke taska semasa masih kecil atau dengan pembantu rumah seharian. Jadi semasa membesar mungkin anda dah biasa dimanjakan mak yang sentiasa ada di rumah. Sebanyak mana perasaan ini mempengaruhi apa yang anda mahu untuk anak anak anda?

Sokongan Pasangan
Adakah suami anda menyokong keputusan anda untuk berhenti dan tinggal di rumah?

Kewangan
Mampu tak anda melepaskan pendapatan anda? Atau dengan kurangnya kos jagaan anak dan perjalanan ke pejabat, anda sebenarnya lebih jimat? Suami anda OK tak menanggung kesemua beban bil seorang diri? Pendapatannya adakah terjamin?

Time For Self
Saya akui, bila bekerja sebenarnya lebih banyak masa untuk diri sendiri berbanding bila menjadi surirumah. Mungkin perlu pengurusan masa yang lebih baik. Tinggal di rumah ni sentiasa ada benda untuk dilakukan dan tak boleh tinggalkan begitu sahaja. Bekerja sebagai ibu sebenarnya sama susah dengan bekerja di mana mana pejabat – kadangkala ia lebih susah!

Terasing
Bila berada di rumah, seorang ibu akan merasa terasing kerana dah tak ramai kawan. Ini masalah yang biasa untuk surirumah. Boleh tak anda kendalikan situasi ini. Mungkin dengan menyertai kelas kelas agama, NGO atau berbisnes part time?

Semua ibu yang baru berhenti kerja mungkin mengambil masa untuk adjust balik minda ketika berada di rumah sepenuh masa. Anda mungkin boleh memulakan sesuatu yang mungkin dapat menyamakan dengan pendapatan yang anda telah lepaskan. Minta pendapat daripada suami dan juga keluarga anda. Sumber dari : aishahamin.com


0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in