Kenapa Saya Suka Barang Secondhand ?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum




Belanja 1 pic hari ini untuk hilangkan bosan baca blog ◕ ‿-



Icha fanatik suka sangat kalau balik kampung (Ipoh) mesti ajak Mak dan Ayah pergi jalan-jalan di kedai beralamat Tesco Station 18 Ipoh, Perak. Iaitu kedai Perabot Terpakai Hafis. Kedai Perabot dorang tersangat banyak. Terutama barang2 yang antik dan perabot yang masih elok. Lokasi kedai yang besar, jadi kita boleh pergi dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain untuk cuci mata dan cuci dompet. Sebenarnya kalau korang rajin survey semua tempat (setiap negeri) ada kedai perabot terpakai ni. Dengan kondisi yang sangat tip top ❣



Perabot secondhand tak macam perabot sekarang yang guna serbuk kayu kalau banjir (terutama pantai timur) kayu mesti kembang dan akhirnya buang dalam tong sampah❣ Alangkah membazirnya,ermm~


Perabot antik ni sebab apa tau icha fanatik sangat-sangat, sebab icha suka beli perabot kayu yg solid molid nampak seksi gitu. Kalau nak beli yg baru mesti mahal kalau solid wood ni. Beli yang second-hand ni, harganya pasti murah daripada harga yang baru. Betul tak?


Lagi satu, perabot lama ni, workmanship dia nampak kukuh. Kualiti pun amat memuaskan hati. Jatuh cinta sangat-sangat ❣ Cuba korang tengok lemari antik2 rumah nenek korang tu, bertahun-tahun pun masih gagah lagi kan. Tapi 1 je yang icha minta sebelum korang nak beli perabot antik-antik ni, tanya owner kedai dari mana barang tersebut dorang dapat. Sebab barang lama ni kebanyakkannya ada Penunggunya. Almaklumlah barang antik/lama kan. 


Jadi untuk elak daripada perkara yang sangat tak diingini korang survey kasi baik punya okay ❣



Tapi icha tak mampu lagi nak beli perabot jati yang antik2 ni. Fulus tu kena tebal sikit la kan...tapi takpe, kesabaran itu priceless. Barang second-hand ni pun kira antik jugaklah kan, walau baru tak sampai 5 atau 10 tahun orang pakai. Selalunya orang kaya-kaya kat Malaysia ni tak sampai 3 tahun pakai pun dah tukar baru. Kadang-kadang setahun sekali tukar perabot baru bila nak raya. Ia sangatla bagus bagi peminat barang second-hand macam icha ni.


Jom Shopping  ❣ 









Kedai antik di beranang, Tak pasti masih ada atau tidak (Click sini)



Nota Tapak : Dah zohor.Jom sembahyang dulu.Selamat hari jumaat.selamat berpuasa&berbuka ◕ ‿-


0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in