F&B Kebaikan Buah dan Sayur-sayuran berwarna Ungu

Hai hai hai. Hello  hello. Apa khabr hari ini semua? Sihat? 

Hari ini icha nak bercakap mengenai info2 kesihatan, bolehkan? Kita ikut petua2 orang2 dulu yang kekal sihat sehingga sekarang!

Mencegah lebih baik daripada merawat. Siapa setuju senyum ^___^





Bila bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna hijau dan ungu dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu. 



> Ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

> Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran. Perhatikan warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.

> Antosianin biasa terdapat dalam buah beri; seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima*).



> Wain merah diperbuat dari anggur, oleh itu ia juga mengandungi antosianin. Selain itu ia juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan jantung. Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan karot ungu.

> Warna merah pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin. Warna ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk kesihatan.





Dipetik dari: HealthNewsDigest.com

0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in