Raya Ni Nak Ke Cameron Highlands la!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum



Hari ni icha nak upload muka guna beauty camera application. Nampak tak kening tu, kening tu..tajam betul application tu edit. Tolong jangan gelak tau *nangis*




Apa khabar awak-awak semua? Sihat? Macam-mana puasa hari ni? Icha nak bagitahu yang tahun ni (Insha-Allah) Icha puasa penuh! Mudah-mudahan. Ini tahun kedua icha puasa penuh. Semua perempuan/wanita yang beragama islam, akan berasa seronok sangat kalau puasa ramadhan die penuh. Tak yah nak ganti-ganti dah. Betul tak? Hehe*

Hari ini, adalah hari Jumaat yang ter-akhir di dalam bulan Ramadhan. Semoga tahun ni Ramadhan kita semua di berkati olehnya. Bermula hari ini (petang ni) Jalan-jalan di seluruh negeri akan mulai sesak dan perlahan. Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah pun mulai bercuti untuk balik raya ke kampung. Selamat menempuh jammed, dan memandu dengan berhati-hati. ok :)

Tahun ni Icha balik lambat sikit ke kampung, Kerana kenkangan kerja yang tidak dapat dielakkan. Mungkin pagi atau malam raya pertama baru balik kampung. Ahad minggu depan, Icha akan ke Cameron Highlands. Jom jumpa sana nak? *kenyit mata*



Sinopsis
Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. 



Sejarah
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan. Sumber Wikipedia!




Kalau awak-awak semua ada plan nak bercuti ke Cameroon Highland tahun ni dengan keluarga, Klik je nama-nama hotel kat atas ni. Terus direct ke laman web hotel. Selamat Bercuti Semua. Semoga selamat sampai ke destinasi.






Selamat Hari Raya Aidilfitri !!!


Maaf Zahir Dan Batin, 
Andai ada tersilap kata yang menguris hati awak semua :)









Yang melawat blog icha ni jangan lupa komen di shoutbox tau. Nanti bolehla icha berjalan2 melawat blog awak-awak semua balik :)

0 010 komen anda:

Post a Comment

Copyright © ♡ icha zaini ♡ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in