بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dan Assalamualaikum ❤
Malam ni icha nak bercerita pasal kimchi, yang berasal daripada Korea Selatan. Dalam kepala duk teringin nak makan kimchi. Tapi dekat mana nak dapatkan kimchi halal dekat Malaysia ni eh? Jadi kita buat sendiri je la akhirnya. Lagi senang boleh buh banyak-banyak bahan yang kita nak.
Jom menjamu mata sambil menahan perut lapar. Hihi**
Baechu-kimchi
Biasanya baechu-kimchi merupakan salah satu makan yang sangat popular di musim dingin. Rasa Baechu-kimchi tidak terlalu pedas, namun cukup hambar dilidah. Rempah ratus dan sambal kimchi ditambahkan ke sawi putih atau lobak putih sehingga sambalnya meresap dengan baik.
Kkakdugi
kkakdugi merupakan kimchi berbahan lobak yang dipotong-potong berbentuk dadu. Lobak ini sentiasa tersedia sepanjang tahun. Namun di musim dingin biasanya lobak memiliki rasa yang lebih manis, itulah mengapa banyak lauk di korea yang diawetkan dibuat dari lobak. Kkakdugi merupakan kimchi yang ditambahkan dengan lobak hijau, daun sawi, daun bawang atau daun kubis sehingga rasanya lebih lezat. Kemudian setelah itu dicampurkan dengan udang yang mampu memberikan warna gelap serta memberi aroma yang kuat pada kkakdugi. Sebaiknya kkakdugi ini kena makan dengan segera kerana mudah basi jika disimpan terlalu lama.
Oi-sobagi (kimchi mentimun)
Oi-sobagi merupakan kimchi popular selama musim semi dan panas. Oi-sobagi memiliki tekstur renyah namun untuk mengolah timunnya pun harus kena berhati-hati. Seperti rendam timun pada air garam agar tekstur yang dihasilkan tidak rosak.
Yeolmu kimchi
Bisanya kimchi ini sangat popular di musim panas. Meskipun bentuknya nipis dan kecil namun tidak mengurangi kelazatan ketika makan Yeolmu kimchi. Yeolmu kimchi terbuat dari bahan seperti lada merah, lada merica, dan dihaluskan. Biasanya Yeolmu kimchi dihidangkan dengan campuran nasi.
Nabak-kimchi (Water Kimchi)
Nabak kimchi merupakan salah satu kimchi yang tersedia sepanjang tahun di Korea. Berbahan Lobak china atau carrot, dan kubis yang sangat dominan membuat kimchi ini memiliki rasa yang lazat. Cara membuat bumbu biasanya dibuat dengan cara dipotong. Daun bawang yang digunakan pun biasanya menggunakan bahagian yang berwana putihnya sahaja.
Chonggakmu kimchi
Chonggakmu-kimchi adalah jenis kimchi yang diperbuat dari lobak namun tetap menggunakan daun dari lobak tersebut. Kimchi ini merupakan salah satu kimchi yang sangat popular ketika musim panas. Chonggakmu kimchi berasal dari nama lobak muda. Ada cerita unik tentang Chonggakmu kimchi, dimana masa lalu anak lelaki yang tidak menikah harus memakai potongan rambut khusus yang dikata menyerupai bentuk lobak ini. Chonggakmu-kimchi biasanya dihidangkan bersama nasi putih.
Macam mana? Pasti telan air-liurkan bila tahu macam-macam kimchi yang ada di Korea? Semoga entry yang icha taip kali ini dapat menambah ilmu baru lagi. Dan kita dapat mengenal salah satu makanan popular di Korea iaitu Kimchi.. **Krok krek krok krek Perut Lapar....**
Esok (Insha-Allah) icha updated cara buat Kimchi yang simple dan mudah. Tetapi rasanya sehingga menjilat tangan terus tau. Boleh la korang suruh husband pergi beli barang dekat tesco atau giant mall lepastu suruh isteri, mak atau kakak korang buat masa raya nanti..! **Mabeles**
Yeolmu kimchi
Bisanya kimchi ini sangat popular di musim panas. Meskipun bentuknya nipis dan kecil namun tidak mengurangi kelazatan ketika makan Yeolmu kimchi. Yeolmu kimchi terbuat dari bahan seperti lada merah, lada merica, dan dihaluskan. Biasanya Yeolmu kimchi dihidangkan dengan campuran nasi.
Nabak-kimchi (Water Kimchi)
Chonggakmu kimchi
Chonggakmu-kimchi adalah jenis kimchi yang diperbuat dari lobak namun tetap menggunakan daun dari lobak tersebut. Kimchi ini merupakan salah satu kimchi yang sangat popular ketika musim panas. Chonggakmu kimchi berasal dari nama lobak muda. Ada cerita unik tentang Chonggakmu kimchi, dimana masa lalu anak lelaki yang tidak menikah harus memakai potongan rambut khusus yang dikata menyerupai bentuk lobak ini. Chonggakmu-kimchi biasanya dihidangkan bersama nasi putih.
Macam mana? Pasti telan air-liurkan bila tahu macam-macam kimchi yang ada di Korea? Semoga entry yang icha taip kali ini dapat menambah ilmu baru lagi. Dan kita dapat mengenal salah satu makanan popular di Korea iaitu Kimchi.. **Krok krek krok krek Perut Lapar....**
Esok (Insha-Allah) icha updated cara buat Kimchi yang simple dan mudah. Tetapi rasanya sehingga menjilat tangan terus tau. Boleh la korang suruh husband pergi beli barang dekat tesco atau giant mall lepastu suruh isteri, mak atau kakak korang buat masa raya nanti..! **Mabeles**
Yang melawat blog icha ni jangan lupa komen atau tinggalkan jejak di shoutbox tau. Nanti bolehla icha berjalan2 melawat blog awak-awak semua semula :)
0 010 komen anda:
Post a Comment